Maruah... Sesuatu yang sangat dijaga dan dihargai manusia. Tapi atas sebab maruah, macam-macam boleh jadi. Atas sebab MARUAH, perang boleh meletus, ada yang sanggup bunuh diri demi maruah. Atas sebab maruah juga, keluarga pun boleh bercerai-berai. Silaturrahim apatah lagi. Nampak betapa besarnya penangan MARUAH dalam diri manusia... Memang fitrah manusia hidup mesti bermaruah? Betul ke? Kenapa pula ada manusia yang memperlekehkan maruah diri sendiri? Harga diri letak tepi longkang agaknya. Manusia, terutamanya remaja, (namun bukan remaja sahaja, lain-lain peringkat pun ada juga kecuali kanak-kanak yang masih bertaraf hingusan dan bayi) selalunya suka mencari publisiti murahan. Masuk surat khabar, cover page. Tajuk berita: Remaja Terlampau. *Kalau berita yang sedap didengar tak apa lah, ni hampeh belaka. Selalunya, budak-budak tak takut matibila maruah mereka tercabar. Awek dia kene kacau, takkan nak diam kot? Dayus lah jadik pakwe macam tu. Pasal awek ni dah macam part of their pride, macam yang disebut dalam salah satu lagu Wali Band : "Karna bagiku, kau kehormatanku" yang memang tak lari langsung dari senario dalam kalangan remaja masa kini. So, awek dia, orang lain pandang sikit pun tak boleh, mahu kene rembatkarang, tak pasal-pasal je. Awek pun awek, ada yang semangat member dia kuat, pun lebih kurang lah jalan cerita dia. Pokok persoalannya, kalau mereka bergaduh atas sebab nak mempertahankan maruah sampai jadi kes besar, and then kene lokap, masuk kes juvana, or ada yang kene buang sekolah/kolej/universiti/DLL. Bukan ke benda macam ni mencemarkan maruah sendiri? Objektifnya nak pertahankan maruah? Kesudahannya maruah tu dicampak ke longkang? Manusia ni memang pelik. Kalau diikutkan, bukan maruah yang diperjuangkan, tapi EGO. Apa beza dia? Orang selalunya samakan ego dengan maruah. Maruah ni harga diri, ego ni darjat hargga diri mereka. tapi hakikatnya, ego ni lebih kepada keangkuhan seseorang tu. Bukan darjat ke apa ke. Maruah tak rosakkan apa-apa melainkan kita yang tak jaga dia. Apa yang kita buat akan reflect balik ke kita. Lain orang lain letaknya maruah mereka. Maruah tak terjejas atas perbezaan darjat, bukan juga atas apa yang orang buat terhadap kita, tapi how we react is what affects our pride.
Monday, September 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment