I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, November 1, 2011

Wake Up Humans!!!

Manusia sukakan kebahagiaan (siapa yang bangang sangat nak bencikan kebahagiaan?). Tapi apa yang manusia faham tentang kebahagiaan? Hakikat sebenar, manusialah sebenarnya pada masa kini, manusia adalah makhluk paling kejam di muka bumi. Manusia dikurniakan akal fikiran melebihi makhluk-makhluk lain, dikurniakan hati dan naluri, serta fitrah manusia cenderung kepada kebaikan. Manusia tidak punya kekuatan sekuta gajah, tidak punya taring dan kuku setajam harimau, tidak punya bisa sekuat tedung, membuatkan manusia kelihatan sebagai antara makhluk yang lemah dan boleh dikategorikan sebagai mangsa (bottom of the food chain). Tapi, hakikat sebenarnya manusia lah makhluk yang paling kejam. Walaupun tidak punya kekuatan fizikal seperti makhluk lain, namun senjata manusia yang paling ampuh, akal, membuatkan manusia lebih menyerlah berbanding makhluk-makhluk lain. Allah kurniakan akal kepada manusia ada sebabnya.


''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30) 

Manusia dicipta Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi. Namun, ada manusia yang tidak bersyukur dan gila kuasa. Seperti yang dinyatakan, manusia tidak punya kelebihan fizikal seperti makhluk lain, namun manusia adalah makhluk paling kejam di muka bumi. Para malaikat telah menjangkakan bahawa manusia ini hanya akan membuat kerosakan di muka bumi ini. Dan ternyata jangkaan itu ada benarnya. Akal yang dikurniakan kepada manusia dan taraf khalifah yang Allah berikan kepada manusia ternyata disalah gunakan manusia untuk membuat kerosakan di muka bumi.
Akan tetapi, Allah maha mengetahui, dan tiada siapa tahu apa yanng Allah ketahui, kekuasaan Allah tidak ada tandingnya, dan tiada apa yang mampu untuk meminda apa yang telah diperintahkanNya. Kita hanya mampu meneka, tetapi tiada kepastian yang nyata. Dunia ini telah melalui pelbagai era, dari zaman Nabi Adam a.s hingga ke zaman Nabi Muhammad s.a., hinggalah ke zaman masa kini, entah berapa juta tahun, berapa ribu tahun, tiada siapa yang pasti. Masa terus berlalu, bumi terus berputar, terus beredar, tanpa mengira apa yang berlaku di permukaannya.

0 comments:

Let's Take A Break~